Wednesday 7 September 2011

Assalamualaikum wm wbt

Bismillahirrahmaanirrahim

 

Sekolah Rendah Alhamd


 LATAR BELAKANG

1- Mula beroperasi pada 1hb Disember 1994.
2- Dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Rendah Al-Ihsan.
3- Pada 1hb Januari 2005, Alhamd Resources telah mengambil alih segala urusan dari pihak Ihsan Resources Sdn. Bhd. dan diberi nama Sekolah Rendah Alhamd.
4- Merupakan sebuah sekolah swasta harian yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang.
5- Bertapak ditanah persendirian yang berkeluasan 1/4 ekar dengan kadar sewaan sebanyak RM1500.00 sebulan.
6- Bayaran sebanyak RM150.00 sebulan kepada setiap pelajar yang meliputi yuran pengajian dan makanan.
7- Menyediakan makan pagi dan tengahari  kepada para pelajar.
8- Pengambilan pelajar seawal usia 6 tahun. Kelas dari tahun 1 hingga 5.
9- Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu. Bahasa lain yang digunakan sebagai bahasa pengiring ialah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dan kedua-dua bahasa ini juga digunakan sebagai bahasa komunikasi disekolah.
10-Telah mendaftar dengan pejabat agama dengan nombor pendaftaran "No. 4/2000".

FALSAFAH PENDIDIKAN

"Penghayatan Ad-Deen secara keseluruhan dengan mengamalkan sepenuhnya kehidupan suci murni Rasulullah s.a.w. dan seterusnya memanfaati diri, keluarga dan umat islam didunia dan diakhirat melalui proses pendidikan yang berteraskan iman dan taqwa secara berterusan, bersepadu dan menyeluruh."



OBJEKTIF
 
Operasi Sekolah Rendah Alhamd adalah kearah mencapai objektif pendidikan sebagaimana berikut:

1- Untuk menghayati falsafah pendidikan Alhamd.
2- Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak kearah generasi yang bersatu padu, harmonis dan dirahmati.
3- Mengembangkan segala kebolehan dan potensi pelajar dari sudut intelek, rohani dan jasmani bersesuaian dengan umur dan persekitaran.
4- Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada KBSR Kementerian Pendidikan.
5- Membina dan menambahkan semangat cintakan ilmu dan  beramal dengan ilmu yang ada sebagaimana motto sekolah iaitu: BERIMAN, BERILMU, BERAMAL
6- Memupuk masyarakat agar memahami bahawa setiap individu adalah berperanan untuk menentukan masa depan negara dan ianya ditentukan oleh bentuk pendidikan yang diberikan kepada generasi terkemudian.
 

WAWASAN
 
1- Mendidik pelajar agar dapat membentuk sahsiah diri yang cemerlang serta berpendidikan agama yang tinggi.
2- Melahirkan pelajar yang berketerampilan, berdaya saing, kreatif, beriman dan bertaqwa.
3- Menjana minda kearah pembentukan insan yang celik Al-Quran serta mengamalkannya secara berterusan.
4- Membina pelajar supaya lebih berdaya saing apabila mereka ingin meneruskan pelajar ke sekolah lain dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
5- Melahirkan pelajar yang mampu menguasai Bahasa Arab dan Tulisan Jawi dengan baik.



KURIKULUM

Sistem pengajian yang disediakan adalah merangkumi:
 
1- KBSR - Kementerian Pendidikan Malaysia.
2- UPSR
3- Kurikulum pengajaian Bahasa Arab dan Pendidikan Islam yang terperinci.
4- Kurikulum terhadap matapelajaran umum seperti teknik berfikir secara kreatif, kepetahan berinteraksi, teknologi dan sebagainya disediakan oleh Lembaga Pengelola Sekolah Alhamd dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Alhamd.

LATAR BELAKANG PEMILIK

Berikut adalah latar belakang pemilik Sekolah Rendah Alhamd:

Nama Pemilik: ALHAMD RESOURCES SDN. BHD.
No. Pendaftaran: TR 0055066
Alamat: Batu 9, Jalan Kelantan, Kg. Tok Jiring, 21200 K. Terengganu, Terengganu.
Telefon: 09-6671961
Pemilik Bangunan: Puan Zainab Binti Mohd (IC: 470211-11-5032)

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Berikut adalah AJK Sekolah Rendah Alhamd:

Pengerusi: Dr Mohd Razin Bin Jaafar
Naib Pengerusi: Mohd Nazri Bin Jaafar
Setiausaha: Norizan Muhammad
Bendahari: Mohd Shahril Bin Jaafar
Ahli AJK: Ust. Ahmad Zuki Bin Abd. Wahid, Kartina Binti Jaafar, Kamsiah Binti Jaafar, Zabidah Binti Yusof.

YURAN PERSEKOLAHAN

1) Yuran Pendaftaran (seumur hidup): RM200.00
2) Yuran Bulanan (pengajian & makan): RM150.00

JADUAL & WAKTU PERSEKOLAHAN

1- Hari persekolahan dalam seminggu adalah dari hari Ahad hingga hari Khamis.
2- Jumlah hari persekolahan dalam setahun adalah mengikut garis penduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
3- Beroperasi dalam satu sesi setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang.
4- Jadual bagi tahap 1 & 2 sila rujuk dibawah:




  
BUKU TEKS DAN BUKU KERJA (TAHUN 1-6)

Buku-buku teks/ Kerja Akademik

Bahasa Melayu
ASAS - (Keluaran Ihsan)*
TEKS - (Keluaran Ihsan)*
TEKS - (Keluaran Longman)

Bahasa Inggeris
ASAS - (Keluaran Ihsan)*
TEKS - (Keluaran Sasbadi)

Bahasa Arab
ASAS - (Keluaran Ihsan)
TEKS - (Yayasan Qurra' Malaysia)

Matematik
ASAS - (Keluaran Ihsan)
TEKS - (Keluaran Sasbadi/KBSR)

Sains
Sasbadi/ Longman

Tulisan Jawi
Aktiviti (Fargoes)

*
Untuk kegunaan tahun 1 sahaja

Buku-buku teks/ Kerja Agama

AL-BARQY
(Sistem Qiraah Al-Quran terkini)
Buku-buku teks/ Kerja Akademik

AQIDAH, SIRAH, AKHLAK & FEKAH
Edisi Jawi (Musleh Adventures)

Sebahagian suasana harian di Sekolah Rendah Alhamd...

  
Solat Zohor berjemaah

Kelas Al-Quran pagi (8.30pagi)

Beratur ambil makanan tengahari.

Sabar menunggu saat untuk makan...

Exam

Waktu pulang jam 3.30 petang

Sekolah Rendah Alhamd....berkat doa kalian! kini berusia 17 tahun...amin

PROJEK SEKOLAH BARU
Kompleks Pendidikan Alhamd, Kg. Banggol Peradong,
21200 Kuala Terengganu

Anggaran Kos:

Tanah : RM400,000
Bangunan: RM 3.5 juta
( Sekolah 3 tingkat [150' x 150' ], kemudahan Masjid )
Peralatan Sekolah : RM 1 juta

Total : RM 5 juta


Insan mulia yang masih sudi melayar bahtera sekolah...Jazaakallah khairan kathira  kepada Ust. Ahmad Zuki.

................................

Sumbangan terus kepada:
ALHAMD RESOURCES SDN. BHD.
(Maybank) 563019017583

Sebarang info dan pertanyaan sila emel ke :

sr_alhamd@yahoo.com
klinikdrrazinmd@yahoo.com

Alhamd suatu waktu dahulu....

Pelajar datang ke sekolah





 









Guru & pelajar mengadakan halaqah Al-Quran














Makan tengahari














Halaqah Ta'lim selepas solat zohor














Nasihat-nasihat dari ustaz ketika ijtima'














Guru besar serta guru-guru sedang bermesyuarat